Monday, April 25, 2011

pembentangan e-klinik Unit Kesihatan UiTMK




Nik Ahmad Lukman Hakim Shamsuddin Penolong Pegawai Perubatan sedang membentangkan e-klinik semasa bersama pengurusan UiTMK

Wednesday, April 13, 2011

LOGO DAN MOTTO










''coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success''

MESYUARAT MA SELURUH SISTEM UITM

MINIT MESYUARAT

PELARASAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

(PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA PENGARAH PUSAT KESIHATAN

DAN KETUA UNIT PERUBATAN PUSAT KESIHATAN UiTM SHAH ALAM)

2011

TARIKH : 19 JANUARI 2011

TEMPAT : UITM KELANTAN

BIL

PERKARA

TINDAKAN

1

UCAPAN PENGERUSI

1.0 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Pusat Kesihatan Dr.Zaiton Bt Nasir, Timbalan Pengarah Bahagian Perubatan, Dr. Shairul’azam B Sahar serta matron Mahani di atas kesudian untuk hadir pada sesi perjumpaan dan perbincangan dengan Penolong Pegawai Perubatan UiTM.

2

UCAPAN PENGARAH

2.0 Ucapan alu-aluan daripada pengarah mengucapkan selamat datang kepada semua Penolong Pegawai Perubatan.

2.1 Pengarah memaklumkan sistem m dinaikkan pangkat ke matron.Selain itu, beberapa pegawai perubatan di naikkan pangkat secara KUP ke UD 54 dan juga jururawat yang dinaikkan pangkat secara KUP di beberapa cawangan. Seterusnya, sejarah Pusat Kesihatan sebelum ini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan. Mesyuarat kali ini merupakan tahun pertama mesyuarat Penolong Pegawai Perubatan, diharapkan dapat mementuk satu platform kepada Penolong Pegawai Perubatan untuk menyalurkan sebarang masalah.

2.2 Pengerusi membuka ruang untuk semua yang hadir untuk penambahbaikan.

i. Fail meja dan SOP- minta supaya diselaraskan kepada semua cawangan dan ada SOP yang terbaru akan dibuat pada tahun ini.

Komen daripada pengarah : 5 tugas utama perlu ada dalam fail meja.

ii. Penjawatan – hala tuju penjawatan Penolong Pegawai Perubatan. Di setiap cawangan perlu ada 2 orang Penolong Pegawai Perubatan jagaan adalah mengikut nisbah.

Komen daripada pengarah : Bagi tahun 2011 tiada penambahan kakitangan, jawatan yang susah mendapatkan jawatan Penolong Pegawai Perubatan, jururawat dan doktor dan bila autonomi cawangan boleh mohon penjawatan masing-masing.

iii. Pakaian Seragam – warna bagi pakaian seragam akan dikekalkan,bertali leher Penolong Pegawai Perubatan dan berlengan panjang.

Komen daripada pengarah : beliau menyatakan pakaian seragam haruslah sama. Namun bagi matron, daripada kain yang tebal akan ditukarkan ke nipis (TW11 CK-106)

iv. Menubuhkan kelab kebajikan Penolong Pegawai Perubatan - Pengarah Pusat Kesihatan akan dijadikan sebagai penaung kepada kelab tersebut.

Komen : Pengarah bersetuju menjadi penaung kepada kelab kebajikan Penolong Pegawai Perubatan UiTM dan akan mewujudkan kumpulan email untuk berkomunikasi antara Penolong Pegawai Perubatan.

v. Masalah Penolong Pegawai Perubatan Shah Alam – Latihan En. Kamal untuk Unit Kecemasan dan Konsultasi.

Komen daripada Dr. Sairul’azam b Sahar : Mengalami masalah ruang,fungsi Penolong Pegawai Perubatan, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan di Shah Alam, penerangan tentang penambahbaikan ruang dan akan memperkemaskan Unik Kecemasan dan perkhidmatan ambulans.

Komen daripada pengarah : Mempunyai 4 orang pegawai perubatan dan pergigian. Namun selepas ini, pegawai perubatan akan dipecahkan daripada farmasi.

MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG