Monday, October 17, 2011

MINI KONVESYEN KiK ZON UTARA .UITM KEDAH 2011







Salam..

empat pertama/johan/ - kumpulan Suria (Unit Kesihatan UiTM Kedah) Anugerah Emas dan Anugerah ICT terbaik.
Tempat kedua/naib johan -
kumpulan Adam (Unit Ladang UiTM Perlis ) Anugerah Gangsa dan Anugerah Pembentang Individu Terbaik
Tempat ketiga - kumpulan Bestari (Perpustakaan UiTM Perak) Anugerah Perak, Anugerah Dokumentasi terbaik dan Anugerah Istiqamah
- kumpulan Omega (UiTM Kedah) Anugerah Kumpulan Berpotensi
-----Nik Ahmad Lukman Hakim Shamsuddin/KEDAH/UiTM wrote: -----

To: Pentadbiran UiTM Kedah, Mohamad Hafis Ramli/KEDAH/UiTM@UiTM, Juriyah Rosli/KEDAH/UiTM@UiTM, Hairul Nizam Othman/KEDAH/UiTM@UiTM, UiTM Kedah Users
From: Nik Ahmad Lukman Hakim Shamsuddin/KEDAH/UiTM
Date: 10/15/2011 11:15AM
Cc: Hadzli Ishak/KEDAH/UiTM@UiTM, Mohd Ehsan Amin/PENDAFTAR/UiTM@UiTM
Subject: TERIMA KASIH KEPADA SEMUA.

Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulliah, selesai sudah Mini Konvesyen KIK zon utara, insyallah Zon Kebangsaan akan diadakan pada awal disember Disember di Johor Bharu. Terutama sekali saya dan Encik Mohamad Hafis bagi pihak Unit Kualiti UiTM Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mini konvesyen tersebut. Ucapan terima kasih kepada Rektor UiTM Kedah Prof. Madya Dr Haidar Dhiayuddin, Timbalan rektor Prof Madya Haji Kamal Bahrin, Timbalan HEA Dr Mahadir Ismail, Timbalan PJI Dr Noor Zahirah, ketua Unit Kualiti Encik Hadzli Ishak dan juri yang dijemput iaitu Encik Ehsan Amin (ketua juri KIK UiTM Shah Alam) ustaz Hussaini (UiTM Kelantan) dan Tuan Raden Ngisomuddin (UiTM Kedah).

Kepada AJK mini konvesyen KIK juga, Puan Khairul Wanis, Puan Izura Haryanti, Puan Muniroh Ahmad, Cik Athirah Ruslan, Encik Budieman, Encik Zulkipli, Cik juriyah, Puan lailie,Puan Muzzaleena, Encik Amin, Puan Aini, Puan Marwati, Encik Ezri, Puan Norhayati, Puan Noor Azlina, Encik Razak, Encik Faizal Aznan, Encik Manan. Encik Khairol dan banyak lagi mereka yang terlibat. Jutaan terima kasih diucapkan. Sesungguhnya Allah jua yang dapat membalasnya.

Kepada kumpulan yang bertanding, tahniah diucapkan. Insyallah tahun depan kita akan mewujudkan banyak kumpulan lagi yang akn bertanding. Kepada kumpulan daripada UiTM Kedah, kumpulan Omega, kumpulan Digital Response, kumpulan Jerami dan kumpulan dari Pentadbiran tahniah diatas penyertaan. kita semua telah mengharumkan nama UiTM Kedah dan sekaligus menunjukkan membudayakan KIK dalam kerja seharian kita. Tahniah diucapkan.

Berikut adalah keputusan mini konvesyen tersebut:

Tempat pertama/johan/ - kumpulan Suria (Unit Kesihatan UiTM Kedah) Anugerah Emas dan Anugerah ICT terbaik.
Tempat kedua/naib johan - kumpulan Bestari (Perpustakaan UiTM Perak) Anugerah Perak, Anugerah Dokumentasi terbaik dan Anugerah Istiqamah
Tempat ketiga - kumpulan Adam (Unit Ladang UiTM Perlis ) Anugerah Gangsa dan Anugerah Pembentang Individu Terbaik
- kumpulan Omega (UiTM Kedah) Anugerah Kumpulan Berpotensi

Encik Mohamad Hafis
Encik Nik Ahmad Lukman Hakim Shamsuddin
(Penyelaras KIK UiTM Kedah)


Tuesday, October 4, 2011

pembentangan pada pihak Pengurusan UiTM Kedah-KUMPULAN UKK UiTMK



4.10.2011 (Selasa)

1. Unit Kolej - 12.00 tgh hari - 12.40 tgh hari
2.Bahagian Pengurusan Fasiliti - 12.40 tgh hari - 1.20 tgh hari
3. Unit Kesihatan - 1.20 tgh hari - 2.00 ptg


5.10.2011 (Rabu)

1. Unit IT - 12.00 tgh hari - 12.40 tgh hari
2.Bahagian Pentadbiran - 12.40 tgh hari - 1.20 tgh hari
3. Kumpulan Omega - 1.20 tgh hari - 2.00 ptg

Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Sekian,

Terima kasih.

Kursus Basic Life Support


Program : Kursus Basic Life Support

Tarikh : 31 Julai 2011

Tempat : Wisma KUB, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Penceramah : Doktor Razak bin Daud - Pakar Kecemasan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II, Pengerusi Bencana Alam Negeri Kelantan

Fasilitator : 1) Dr. Mohd Najib bin Abdul Ghani - Pegawai Perubatan HRPZ II

2) Encik Fakhruddin bin Majid - Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

3) Encik Wan Salahuddin bin Wan Abdul Razak - Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

4) Encik Aswadi bin Mohamad - Penolong Pegawai Perubatan U29 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

5) Encik Awang Seman bin Awang Senik - Penolong Pegawai Perubatan U29 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

Tajuk : Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) dan Chocking

Peserta : Kakitangan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu seramai 40 orang



Program : Kursus Basic Life Support

Tarikh : 31 Julai 2011

Tempat : Wisma KUB, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Penceramah : Doktor Razak bin Daud - Pakar Kecemasan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II, Pengerusi Bencana Alam Negeri Kelantan

Fasilitator : 1) Dr. Mohd Najib bin Abdul Ghani - Pegawai Perubatan HRPZ II

2) Encik Fakhruddin bin Majid - Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

3) Encik Wan Salahuddin bin Wan Abdul Razak - Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

4) Encik Aswadi bin Mohamad - Penolong Pegawai Perubatan U29 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

5) Encik Awang Seman bin Awang Senik - Penolong Pegawai Perubatan U29 Jabatan Kecemasan dan Kemalangan HRPZ II

Tajuk : Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) dan Chocking

Peserta : Kakitangan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu seramai 40 orang

Objektif : 1) Mempersiapkan kakitangan dengan teknik-teknik pertolongan cemas

2) Menambah keyakinan kakitangan dalam memberi pertolongan cemas

3) Mengeratkan hubungan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II

Senarai Ahli Jawatankuasa :

Penasihat - Tuan Haji Muhammad Shukri bin Salleh B.S.K

Pengerusi - Encik Nik Rozhan bin Nik Ismail

Timbalan Pengerusi - Encik Mohd Ridzuan bin Mohd Zukri

Setiausaha - Puan Rohana binti Fauzi

Bendahari - Encik Husariman bin Hassan

Ahli Jawatankuasa - Puan Hasmah binti Abdullah

- Puan Husmawati binti Haji Awang

- Haji Wan Daud bin Wan Omar

- Encik Syawalul Imran bin Jamaluddin

Anjuran : Unit Kesihatan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Tuesday, June 28, 2011

KURSUS PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD)














Tempat : Hotel Seri Malaysia , Kangar.
Tarikh : 16 - 18 Jun 2011

Pada 16/06/2011-18/06/2011, satu kursus CPD untuk Penolong Pegawai Perubatan telah diadakan di Hotel Seri Malaysia , Kangar , Perlis Indera Kayangan.Kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan point CPD untuk Penolong Pegawai Perubatan UiTM . UiTM Perlis telah dipilih sebagai tuan rumah berlangsung kursus ini . Tahniah dan terima kasih di atas kesudian menganjurkan kursus terbabit.



Untuk pengetahuan semua, kursus ini telah di hadiri oleh Yang Berbahagia Dr. Zaiton Nasir, Pengarah Pusat Kesihatan UiTM, Dr. Shahrul Azam merangkap Timbalan Ketua Pegawai Perubatan Kanan UiTM, merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Penolong Pegawai Kanan Perubatan, Dr. Wan Idris, Ketua Pegawai Perubatan UiTM Perlis, selaku tuan rumah , Tuan Haji Nawi merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan 22 orang Penolong Pegawai Perubatan UiTM seluruh cawangan.

Tidak dilupakan juga kepada Penolong Pegawai Perubatan Universiti Utara Malaysia , iaitu En. Wan Azrul Naim dan Mohd Kharul Amri yang sudi menyertai dan bersama-sama di dalam Kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) UiTM pada kali ini. Kursus ini dirancang beberapa bulan yang lalu oleh Tuan Haji Nawi , Dr. Shahrul Azam dan jawatankuasa kelab dan Dr. Zaiton Nasir bersetuju untuk mengadakan di Hotel Seri Malaysia, Perlis Indera Kayangan . Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang berganding bahu untuk menjayakan kursus CPD bagi tahun 2011.

Khamis

16 Jun 2011

Acara pada sebelah malam pada 16 Jun 2011 (Khamis) Dr. Zaiton Nasir, Pengarah Pusat Kesihatan, Dr. Sharul Azam , Ketua Pegawai Perubatan Kanan, Dr. Wan Idris , Pegawai Perubatan UiTM Perlis yang telah sudi untuk merasmikan Kursus Pembangunan Profesional Berterusan Penolong Pegawai Perubatan . Selepas itu, Dr. Zaiton Nasir diberi penghormatan untuk merasmikan pelancaran blog Penolong Pegawai Perubatan .

Untuk pengetahuan semua, blog tersebut bertujuan setiap Penolong Pegawai Perubatan akan mengetahui sebarang aktiviti yang dijalankan setiap bulan dan pelbagai kursus yang boleh disertai oleh para peserta . Pada malam tersebut juga, satu majlis diskusi diadakan bersama Dr. Zaiton Nasir. Segala masalah serta isu yang dihadapi Penolong Pegawai Perubatan UiTM diutarakan dan mendapat perhatian daripada Pengarah Pusat Kesihatan UiTM . Diharapkan perbincangan tersebut dapat memantapkan lagi profesion Penolong Pegawai Perubatan UiTM khasnya.

Jumaat

17 Jun 2011

Bermula pada pukul 6.30 pagi lagi, Penolong Pegawai Perubatan ditugaskan untuk beriadah pagi, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh para peserta . Antaranya senaman katil. CPD yang pertama bermula pada pukul 8.30 pagi iaitu, Dr. Mohd Fozi Kamarudin, pakar perubatan keluarga, Klinik Kesihatan Kangar, Perlis iaitu bertajuk Medical Emergency. Banyak pengetahuan dan ilmu yang dapat dikongsi bersama Dr. Mohd Fozi Kamarudin. Ceramah yang disampaikan amat berkesan kerana Dr. member penerangan mengikut skop Penolong Pegawai Perubatan sahaja.

Bagi sesi yang kedua, iaitu Orthopedik Emergency pula. Dr. Mohd Nazir Mohd Hassan , Hospital Tengku Fauziah pula dijemput untuk membri ceramah. Pelbagai prosedur dan rawatan asas kecemasan diberi penerangan oleh Dr. Mohd Nasir. Antaranya ialah pengurusan kepatahan dan pengurusan selepas pembedahan dilakukan. Saya sebagai Penolong Pegawai Perubatan yang baru dapat banyak input yang boleh diterapkan di dalam budaya kerja. Satu pengetahuan yang memberi manfaat kepada semua.

Majlis dihentikan pada sebelah tengahari untuk memberi peluang kepada Penolong Pegawai Perubatan mengerjakan solat jumaat. Pada sebelah petang pula, satu lawatan ke hospital kangar diadakan . Ia bertujuan merehatkan minda Penolong Pegawai Perubatan dan bertukar-tukar pendapat dalam budaya kerja. Kami disambut oleh En.Ismail incharge A&E Hospital Kangar. Terima kasih kepada Hospital Kangar yang mengalu-alukan kedatangan paramedik UiTM.

Pengisian rohani juga amat penting untuk santapan jiwa. Justeru itu, ceramah agama disediakan oleh penganjur. Ceramah diberi oleh Ustaz Tuan Sheikh Ahmad Fisol bin Hj. Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Kedah.

Sabtu

18 Jun 2011

Untuk hari yang terakhir, ceramah surgical emergency diberi oleh Dr. Ida Zaliza zainor Abidin, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Fauziah. Dr. mengalu-alukan kedatangan Penolong Pegawai Perubatan yang baru untuk membuat attachment di hospital tersebut. Terima kasih diucapkan .

Majlis penutup Kursus Pembangunan Berterusan (CPD) disempurnakan oleh Timbalan Rektor UiTM Perlis, iaitu Yang Berbahagia Prof. Madya Ustaz Mazukai bin Haji Ibrahim dan ditemani oleh Pengarah Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua, terima kasih kepada tuan rumah, UiTM Perlis dan kita jumpa tahun depan di UiTM Pulau Pinang. Insyaallah