Tuesday, June 28, 2011

KURSUS PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD)














Tempat : Hotel Seri Malaysia , Kangar.
Tarikh : 16 - 18 Jun 2011

Pada 16/06/2011-18/06/2011, satu kursus CPD untuk Penolong Pegawai Perubatan telah diadakan di Hotel Seri Malaysia , Kangar , Perlis Indera Kayangan.Kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan point CPD untuk Penolong Pegawai Perubatan UiTM . UiTM Perlis telah dipilih sebagai tuan rumah berlangsung kursus ini . Tahniah dan terima kasih di atas kesudian menganjurkan kursus terbabit.



Untuk pengetahuan semua, kursus ini telah di hadiri oleh Yang Berbahagia Dr. Zaiton Nasir, Pengarah Pusat Kesihatan UiTM, Dr. Shahrul Azam merangkap Timbalan Ketua Pegawai Perubatan Kanan UiTM, merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Penolong Pegawai Kanan Perubatan, Dr. Wan Idris, Ketua Pegawai Perubatan UiTM Perlis, selaku tuan rumah , Tuan Haji Nawi merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan 22 orang Penolong Pegawai Perubatan UiTM seluruh cawangan.

Tidak dilupakan juga kepada Penolong Pegawai Perubatan Universiti Utara Malaysia , iaitu En. Wan Azrul Naim dan Mohd Kharul Amri yang sudi menyertai dan bersama-sama di dalam Kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) UiTM pada kali ini. Kursus ini dirancang beberapa bulan yang lalu oleh Tuan Haji Nawi , Dr. Shahrul Azam dan jawatankuasa kelab dan Dr. Zaiton Nasir bersetuju untuk mengadakan di Hotel Seri Malaysia, Perlis Indera Kayangan . Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang berganding bahu untuk menjayakan kursus CPD bagi tahun 2011.

Khamis

16 Jun 2011

Acara pada sebelah malam pada 16 Jun 2011 (Khamis) Dr. Zaiton Nasir, Pengarah Pusat Kesihatan, Dr. Sharul Azam , Ketua Pegawai Perubatan Kanan, Dr. Wan Idris , Pegawai Perubatan UiTM Perlis yang telah sudi untuk merasmikan Kursus Pembangunan Profesional Berterusan Penolong Pegawai Perubatan . Selepas itu, Dr. Zaiton Nasir diberi penghormatan untuk merasmikan pelancaran blog Penolong Pegawai Perubatan .

Untuk pengetahuan semua, blog tersebut bertujuan setiap Penolong Pegawai Perubatan akan mengetahui sebarang aktiviti yang dijalankan setiap bulan dan pelbagai kursus yang boleh disertai oleh para peserta . Pada malam tersebut juga, satu majlis diskusi diadakan bersama Dr. Zaiton Nasir. Segala masalah serta isu yang dihadapi Penolong Pegawai Perubatan UiTM diutarakan dan mendapat perhatian daripada Pengarah Pusat Kesihatan UiTM . Diharapkan perbincangan tersebut dapat memantapkan lagi profesion Penolong Pegawai Perubatan UiTM khasnya.

Jumaat

17 Jun 2011

Bermula pada pukul 6.30 pagi lagi, Penolong Pegawai Perubatan ditugaskan untuk beriadah pagi, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh para peserta . Antaranya senaman katil. CPD yang pertama bermula pada pukul 8.30 pagi iaitu, Dr. Mohd Fozi Kamarudin, pakar perubatan keluarga, Klinik Kesihatan Kangar, Perlis iaitu bertajuk Medical Emergency. Banyak pengetahuan dan ilmu yang dapat dikongsi bersama Dr. Mohd Fozi Kamarudin. Ceramah yang disampaikan amat berkesan kerana Dr. member penerangan mengikut skop Penolong Pegawai Perubatan sahaja.

Bagi sesi yang kedua, iaitu Orthopedik Emergency pula. Dr. Mohd Nazir Mohd Hassan , Hospital Tengku Fauziah pula dijemput untuk membri ceramah. Pelbagai prosedur dan rawatan asas kecemasan diberi penerangan oleh Dr. Mohd Nasir. Antaranya ialah pengurusan kepatahan dan pengurusan selepas pembedahan dilakukan. Saya sebagai Penolong Pegawai Perubatan yang baru dapat banyak input yang boleh diterapkan di dalam budaya kerja. Satu pengetahuan yang memberi manfaat kepada semua.

Majlis dihentikan pada sebelah tengahari untuk memberi peluang kepada Penolong Pegawai Perubatan mengerjakan solat jumaat. Pada sebelah petang pula, satu lawatan ke hospital kangar diadakan . Ia bertujuan merehatkan minda Penolong Pegawai Perubatan dan bertukar-tukar pendapat dalam budaya kerja. Kami disambut oleh En.Ismail incharge A&E Hospital Kangar. Terima kasih kepada Hospital Kangar yang mengalu-alukan kedatangan paramedik UiTM.

Pengisian rohani juga amat penting untuk santapan jiwa. Justeru itu, ceramah agama disediakan oleh penganjur. Ceramah diberi oleh Ustaz Tuan Sheikh Ahmad Fisol bin Hj. Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Kedah.

Sabtu

18 Jun 2011

Untuk hari yang terakhir, ceramah surgical emergency diberi oleh Dr. Ida Zaliza zainor Abidin, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tengku Fauziah. Dr. mengalu-alukan kedatangan Penolong Pegawai Perubatan yang baru untuk membuat attachment di hospital tersebut. Terima kasih diucapkan .

Majlis penutup Kursus Pembangunan Berterusan (CPD) disempurnakan oleh Timbalan Rektor UiTM Perlis, iaitu Yang Berbahagia Prof. Madya Ustaz Mazukai bin Haji Ibrahim dan ditemani oleh Pengarah Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua, terima kasih kepada tuan rumah, UiTM Perlis dan kita jumpa tahun depan di UiTM Pulau Pinang. Insyaallah

No comments:

Post a Comment