Tuesday, June 7, 2011

KERTAS KERJA KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN UiTM 2011

1.0 LATARBELAKANG

Ilmu perubatan sentiasa berkembang dengan cepat selaras dengan era globalisasi. Perkembangan ilmu yang cepat dan pantas ini memberikan cabaran yang besar kepada petugas-petugas perubatan untuk mendapatkannya. Ketinggalan didalam mendapatkan pengetahuan dan kemahiran ini akan memberikan impak negatif yang besar kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang diberikan kepada pesakit. Untuk petugas-petugas Perubatan Kesihatan UiTM seluruh negara, kesibukan memberikan perkhidmatan kepada pelajar dan kakitangan menghadkan masa dan ruang untuk mendapatkan ilmu-ilmu ini melalui seminar atau kursus yang dijalankan di hospital-hospital.

Oleh itu Pusat Kesihatan mengambil inisiatif untuk memperkayakan pengetahuan dan kemahiran kesemua lapisan kakitangannya melalui Kursus Pembangunan Profesional Berterusan atau lebih dikenali sebagai Kursus CPD sahaja. Seminar ini secara tidak langsung akan membawa nama universiti ini dan menambah ilmu yang terkini bagi Penolong Pegawai Perubatan.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

Secara amnya, Kursus CPD bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan Penolong Pegawai Perubatan UiTM dalam bidang tugas mereka seterusnya memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pelanggan. Secara khususnya, Kursus CPD adalah untuk :

a. Memberi imput baru tentang ilmu perubatan dan amalan kejururawatan.

b. Memberi pendedahan kepada penggunaan ubat-ubat terkini di pasaran.

c. Menggalakkan proses pembelajaran secara berterusan dalam bidang perubatan yang terkini pada semua Penolong Pegawai Perubatan.

d. Memberi ruang kepada diskusi antara Penolong Pegawai Perubatan UiTM cawangan dan Pusat Kesihatan Universiti.

e. Bertukar-tukar fikiran bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan di tempat kerja masing-masing.

f. Meningkatkan tahap integriti dan akauntabiliti staf dalam menjalankan tugas.

3.0 TEMPAT

Hotel Sri Malaysia, Perlis

4.0 TARIKH DAN JANGKAMASA KURSUS

16 Jun hingga 18 Jun 2011

3 hari 2 malam.

5.0 JUMLAH PESERTA

Bil

Peserta

Bilangan(orang)

1.

Semua Penolong Pegawai seluruh UiTM

21

6.0 CADANGAN JADUAL SEMINAR

Khamis

16 Jun 2011

ATURCARA

3.00 pm – 7.00 pm

Pendaftaran

4.00 pm – 6.00 pm

Minum petang

7.00 pm – 8.30 pm

Makan Malam

8.30 pm – 9.00 pm

Ucapan pembukaan oleh Pengarah Pusat Kesihatan UiTM

( Pelancaran blog Pen.Pegawai Perubatan )

Taklimat Peserta

9.00 pm – 11.00 pm

Medical Emergencies

(Hypoglycaemic & Hyperglycaemic Attack/ Acute Asthma Attack/ cardiac Arest)

11.00 pm – 11.30 pm

Minum malam

Jumaat

17 Jun 2011

ATURCARA

6.30 am – 7.30 am

Riadah pagi

7.30 am -8.30 am

Sarapan pagi

8.30 am – 10.30 am

Orthopeadic Emergencies

(Vascular Injury, Compartment Syndrome /Spinal Shock )

10.30 am – 11.00 am

Minum pagi

11.00 am – 1.00 pm

Sambungan sessi orthopaedic emergencies

1.00 pm – 2.30 pm

Makan tengahari

2.30 pm – 4.30 pm

Lawatan Ke Hospital Kangar

Jabatan Trauma dan Kecemasan

4.30 pm – 5.00 pm

Minum petang

5.00 pm – 6.30 pm

Riadah petang

6.30 pm – 8.00 pm

Makan Malam

8.00 pm – 10.00 pm

Diskusi Penambahbaikan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan

Sabtu

18 Jun 2011

ATURCARA

6.30 am – 7.30 am

Riadah pagi

7.30 am -8.30 am

Sarapan pagi

8.30 am – 10.30 am

Surgical Emergencies

( Head Injury / Chest injury / Intra abdominal Injury )

10.30 am – 11.00 am

Minum pagi

11.00 am – 1.00 pm

Majlis Penutup

( Rektor UiTM Perlis )

1.00 pm – 2.30 pm

Makan tengahari / Bersurai

7.0 ANGGARAN KOS

7.1 Anggaran perbelanjaan

Bil

Perkara

Kiraan

Jumlah (RM)

1.

Penginapan dan makan peserta:

i. Pengarah Pusat Kesihatan UiTM / Pengerusi

ii. Pen. Pegawai Perubatan

RM 200.00 x 2 orang x 2 hari

= RM 800.00

RM 120.00 x 21 orang x 2 hari

= RM 5040.00

Jumlah

5840.00

2.

Sewa Dewan / Bilik syarahan

Alat siaraya (PA system)

RM 200 / bilik seminar x 2 hari

1 set lengkap

Jumlah

400.00

1,000.00

1400.00

4.

Honorarium Penceramah

3 Sessi x RM200.00/jam x 2 jam

1200.00

5.

Peralatan kursus

i. Alatulis

ii. Tandanama, fail kursus, buku nota dan pen peserta kursus.

iii. Sijil

RM 100.00

RM 10.00 x 21 peserta = RM 210.00

RM 2.00 x 21 peserta = RM 42.00

Jumlah

352.00

Jumlah keseluruhan perbelanjaan

8792.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Dr Zaiton binti Nasir

Pengerusi : Dr Shairul’azam bin Sahar

Timbalan Pengerusi : Dr. Wan Idris Wan Hussin

Setiausaha : Hj. Mat Nawi Ibrahim

Bendahari : Nik Ahmad Lukman Hakim Shansuddin

Jawatankuasa Program

Ketua : Dr. Wan Idris Wan Hussin

Ahli : Hj. Rahim Midon

Hj. Razali Mohd

Mohd Kamal Yunus

Jawatankuasa Pendaftaran, Penginapan dan Makanan

Ketua : Hj. Abd Rahim Othman

Ahli : Fauzi Ibrahim

Jawatankuasa Riadah / Lawatan

Ketua : Mohd Arif Awang

Ahli : Hj. Mohamad Azome Shaari

Jawatankuasa Logistik

Pemandu (UiTM Perlis)

9.0 TINDAKAN

Pihak Pusat Kesihatan amat berbesar hati sekiranya pihak pengurusan Pusat Kesihatan UiTM meluluskan permohonan perbelanjaan untuk tujuan yang tersebut di atas.

No comments:

Post a Comment